Jangan scrub muka setiap hari, beb....
Membersih wajah setiap hari tidak cukup untuk menanggalkan sel kulit mati dan kotoran yang meresap ke dalam kulit, yang mana boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan timbulnya blackheads dan breakouts. Gunalah scrub untuk menanggalkan kotoran seminggu sekali....
Menggunakan scrub wajah ketika mandi akan memudahkan cukuran dan menjadikan cukuran lebih licin. Ianya juga kuurangkan terjadinya ingrown hairs yang disebabkan keradangan akibat penggunaan mata pisau cukur.
Apabila memilih scrub wajah, pilih scrub yang diperbuat dari bahan semula jadi seperti kulit kacang tanah, pumice, apricot, mud dan sebagainya. Bahan-bahan ini mudah menanggalkan kotoran di wajah tanpa meresap sehingga ke liang pori-pori.
Wajah yang berjerawat tidak digalakkan menggunakan scrub kerana ia mungkin menambah keradangan pada kulit lebih teruk. Scrub membuatkan keadaan kulit wajah berjerawat menjadi lebih teruk.
Gunakan scrub pada suhu air suam kerana ia dapat membuka liang pori-pori dengan lebih senang. Terlebih dahulu cuci wajah anda dengan pencuci. Selepas dibilas, ambil sedikit scrub wajah dan sapu pada wajah dengan menggosoknya secara berputar pada bahagian dahi, hidung, dagu dan leher.
Apabila menyapu scrub, biarkan beberapa minit pada wajah agar nutrien dalam bahan scrub dapat meresap ke dalam kulit wajah. Kemudian cuci scrub ketika mandi.
Jom
berscrub hujung minggu ni...